Search


KISAH WAWASAN 2020 vs TN50

DS Na...

  • Share this:


KISAH WAWASAN 2020 vs TN50

DS Najib,

Wawasan 2020 ialah satu prinsip yg Dato sendiri pernah canangkan.
Sedangkan tahun lepas, Dato memberikan ucapan, untuk memperjuangkan dan mempertahankan Wawasan 2020
Namun kini, apabila waktu sudah suntuk dan Dato belum berjaya merealisasikan impian itu, Dato memilih jalan mudah meninggalkan legasi itu.
TN50 bukan satu langkah pandang ke depan, tapi satu bukti kegagalan Dato mengotakan janji.

DS Najib,

Wawasan 2020 meletakkan prinsip Bangsa Malaysia sebagai prinsip pertama.
Dato ikut rentak itu dan berjanji untuk merealisasikan 1 Malaysia
Namun setiap kali Dato berucap dan berhujah, Dato sering memainkan sentimen perkauman utk mencapai kepentingan sendiri.
Dato sendiri yg mengkhianati prinsip 1 Malaysia apabila berkali kali mengetepikan kaum lain.

DS Najib,

Wawasan 2020 tak sepatutnya dipandang sebagai idea kolot
Tetapi satu cabaran utk kepimpinan Dato membuktikan kemampuan kita seluruh rakyat Malaysia.
Jangan kerana sengketa Dato dgn Tun membuatkan Dato lupa bahawa Wawasan 2020 ialah mimpi kita semua yg inginkan Malaysia maju ke hadapan.

DS Najib,

Kalau Dato tidak berundur dan membersihkan tampuk kepimpinan negara daripada segala jenis korupsi,
Transformasi Nasional 50 hanya akan menjadi mimpi lumpuh.

Tun,

Wawasan 2020 ialah satu wawasan yang saya pegang bukan hanya kerana rasa hormat saya pada tun.
Saya sendiri saksikan segala yang Tun korbankan demi cinta Tun pada negara.
Tetapi cinta saya pada wawasan 2020 adalah kerana 9 dasarnya yang bernas.
Cinta saya pada wawasan 2020 adalah kerana kepercayaan saya pada kebolehan kita bersatu merealisasikan impian impian itu.

Tun,

Wawasan 2020 ialah impian kami anak Malaysia.

Masih saya ingat sewaktu kami kecil di sekolah, kami disuruh cikgu untuk lukis impian wawasan 2020 kami.
Saya ingat lagi melukis robot dan kereta terbang. Melukis bangunan tinggi dan rakyat berbilang kaum senyum bersama

Tapi sekarang, kami dipimpini robot yang hanya bergerak untuk duit dan nama.
Jalan raya dipenuhi kereta kereta pemimpin yang menggunakan duit rakyat utk hidup senang.

Bangunan tinggi yang tun berjaya naikkan, bukan lagi simbol Malaysia, tetapi 1MDB yg hingga sekarang masih di bibir dunia.
Rakyat yang ingin senyum bersama diugut oleh segelintir org yang memainkan isu perkauman seperti himpunan baju merah.

Tun,

Wawasan 2020 akan tetap dan sentiasa menjadi impian kami rakyat Malaysia.
Biarlah apa sahaja prinsip baru yg dicipta, label baru yg direka, wawasan 2020 tetap di hati

Rakyat Malaysia tidak bodoh.
Kami takkan terpedaya dgn Transformasi Nasional 50 sebab kami mahu realisasikan wawasan 2020.

-Syed Saddiq-
Budak hingusan yang pernah melukis kereta terbang & pencakar langit untuk menggambarkan wawasan 2020.


Tags:

About author
not provided
- Member of Parliament for Muar - Co-Founder MUDA -Law graduate at IIUM - Academic Fellow, Temple University, Dialogue Institute on the Art of Dialouging & Religious Pluralism -Master in Public Policy, Lee Kuan Yew School of Public Policy, Singapore.
View all posts